Wednesday, February 9, 2011

malam-malam yg sunyi ni trase nak berpuitis bley ta???

Andai aku bisa

Andai aku bisa jadi burung,
Terbang bebas membelah kebiruan awan,
Senjanya, aku akan pulang semula ke sarang,
Melihat panorama dunia yang sekadar khayalan,
Memerhati gelagat manusia yang bermain dengan akal fikiran,
Mereka membenci dan mendengki sesama sendiri,
Pasti aku bersyukur jika tuhan menjadikan aku burung.
Walau tidak punya akal untuk berfikir.
 
Andai aku bisa menjadi pepohonan,
Menjadi tumpangan dan teduhan bagi sesiapa yang memerlukan,
Aku pasti melakukan baktiku dengan sepenuh hati dan perasaan,
Agar mereka dapat berbangga dengan segala penat lelahku,
Menjadi penyelamat tiap ketika panas mahupun hujan,
Biarkan aku tidak berakal mahupun jiwa,
Namun aku punya kudrat untuk membantu manusia,
Tapi adakalanya mereka lupa pada segala jasa,
 Biar terkadang aku menangis sendirian.
 
Andai aku bisa menjadi lampu neon,
Menerangi tiap malam-malam gelita di dunia,
Memerhatikan gelagat manusia yang ingin berjaya,
Menelaah tidak kenal lelah mahupun leka,
Ada ketikanya mereka terlena sendirian,
Sehingga langit beransur cerah,
Namun aku masih cekal menaruh harapan,
Mahu melihat mereka berjaya dengan sinaran dariku,
Ingin mereka menjadi siapa-siapa yang bisa dibanggakan.
 
Tetapi aku sekadar manusia,
Penuh dengan cita-cita,
Mudah mendabik dada,
Mudah lemah semangat yang ada,
Tapi aku bisa berfikir,
Mana yang baik, mana yang jahil,
Akal yang dikurnia harus aku lengkapi dengan fikiran,
Bukan hanya angan-angan,
Inilah naluriku seorang Insan.


 **life become meningful if you know how to creat it
.............................................................................

2 comments:

  1. penat dengaq ang berseloka. haha

    ReplyDelete
  2. hahahah..tgah2 mlam n sementara pagi menjelang tibe..time ni sngat tenang & sesuai utk berpuitis..:P

    ReplyDelete